Cyclowave Sdn Bhd
Assalamualaikum,
Kami Cyclowave Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pemula swasta penyelidikan dan pembangunan (R&D) Sains Maklumat Frebit (SMF).
SMF adalah satu penyelidikan dan pembangunan sains perkomputeran yang menggunakan teknologi Spektrum Frekuensi sebagai unit data asas pengkomputeran komputer, tidak seperti komputer klasik (Biasa) yang menggunakan sistem binary (1s / 0s).
Sistem pengkomputeran yang sedang kami bangunkan itu akan mempunyai kesenamaan dan keselarasan dengan sifat komputer Kuantum (Quantum Computer) dan boleh dilengkapkan tanpa beban penyiapan yang sangat membebani keperingkat melampau. Setakat ini pembangunannya diperingkat prototype sudah mencapai tahap 75% lengkap.
Pembangunannya telah tergendala pada 2020 disebabkan kesan wabak Covid-19 yang melanda dunia. Walaubagaimanapun pentadbiran syarikat sekarang yang beralamat di Kota Damansara, Selangor kekal komited untuk mengekalkan dan menunaikan janji agar bidang yang baru muncul ini dapat diketengahkan agar ianya dapat menghasilkan teknologi baharu yang transformatif rekaan dan buatan Malaysia serta boleh meningkatkan kemakmuran ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu kami sedang mencari calon - calon yang terdiri dari bekas - bekas Graduan Kejuruteraan Komputer (Computer Engineering) dan Kejuruteraan Elektronik (Electronic Engineering) bagi membantu melengkapkan unit prototype tersebut di atas. Calon - calon tersebut hendaklah berpengetahuan dan berkebolehan seperti berikut;
Jurutera Komputer
i. Kebolehan melakukan program bahasa aras rendah (Low Level Programing) atau bahasa mesin (Machine Language) seperti melakukan program pada mikropengawal (Microcontroller) AMD64, atau mana - mana cip pada Raspberry Pi atau Arduino.
ii. Berkebolehan menukar jadual kod ASCII kepada sifat frekuensi audio dengan beza keupayaan 2.5 hingga 5 volt.
Jurutera Elektronik
i. Berkebolehan bekerja pada Multi Bandpass Filter.
Sepanjang penyelidikan calon - calon yang bekelayakan akan menerima allowance bulanan diantara RM3,000 sehingga RM3,500 sebulan dan imbuhan khas setelah kesiapan prototype tersebut di atas. Mereka juga akan diserap ke dalam pasukan penyelidikan peringkat seterusnya (Peringkat Lapangan) dengan Gaji dan faedah yang lebih menarik.
Calon – calon yang berminat bolehlah menghubungi terus di nombor talian yang tertera di bawah bagi sesi temujanji dan perbincangan selanjutnya. Bekas² Graduan dalam bidang berkaitan amat di alu² kan memohon.
Sekian.
Mohd Majeman Bin Nyono
Penyelidik Bersekutu
012-3408015