Pusat Kerjaya UMPSA    

Articles

MOU with TerraDrones

MOU with TerraDrones

Jumaat, 6 Ogos 2021

Terima kasih buat pengurusan Universiti Malaysia Pahang (UMP Malaysia), terutama sekali YBhg. Profesor Ir. Dr. Wan Azhar bin Wan Yusoff (Naib Canselor UMP), Pengarah-Pengarah dan dif-dif kehormat UMP diatas penganjuran Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU - atas talian) di antara UMP dan Terra Drone Technology Malaysia (TDMY).

Sebagai anak syarikat Terra Drone Group dan berbekalkan kehadiran fizikal Terra Drone di 25 negara yang telah menembusi pasaran di lebih daripada 65 negara, TDMY amat mengalukan aspirasi UMP untuk menjadi antara pelopor Teknologi Dron (Drone Tech) dikalangan IPT di Malaysia.

Skop MOU & kolaborasi UMP dan TDMY adalah :

  1. Latihan Industri (LI) & Internship di TDMY (Malaysia) atau di pejabat-pejabat Terra Drone luar negara
  2. Tajaan
  3. Penyelidikan & Pembangunan (R&D) berkaitan teknologi dron (Drone Tech)
  4. Lawatan tapak fizikal atau secara maya berkaitan Drone Tech
  5. Kolaborasi projek
  6. Bengkel & kursus pengenalan kerjaya berasaskan Drone Tech berlandaskan keperluan sebenar sektor industri
  7. Khidmat masyarakat
  8. Peluang pekerjaan

Berminat untuk berkolaborasi dgn TDMY?

Sila hubungi

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.; This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Print   Email
Image